Thursday, September 11, 2008

Rasional

‘Electro Gamelan’ merupakan sebuah item yang menggabungkan dua elemen muzik berbeza di dalam satu persembahan iaitu gabungan di antara elemen muzik gamelan dan elemen muzik ‘techno’. ‘Electro’ merujuk kepada muzik yang berunsurkan teknologi dan electronic. Muzik ‘Elektro’ terhasil daripada penggunaan alat muzik seperti synthesizer, drum machine, sequencer dan lain-lain lagi. Manakala muzik gamelan pula merupakan satu bentuk muzik yang terhasil daripada gabungan ketukan alat bunyi-bunyian gong dan gendang. Kedua-dua bentuk muzik ini digabungkan untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik dan bertujuan mendidik para penonton.

Idea persembahan ini adalah sejajar dengan tema utama kemuncak seni 2009, iaitu ‘Kaizen Musica’ yang bermaksud peningkatan di dalam bidang muzik. Peningkatan yang cuba ditonjolkan di dalam item ini ialah peningkatan dalam cara persembahan Gamelan. Kebiasaan, persembahan gamelan hanya terhad kepada penggunaan peralatan gamelan sahaja. Peningkatan telah berlaku, di mana gamelan pada kali ini di persembahkan bersama-sama dengan teknologi.

Persembahan item ‘Electro Gamelan' ini diharapkan dapat memberi impak yang positif kepada penonton dan pendengar, seterusnya kepada bakal pendidik muzik yang akan keluar sebagai guru muzik diharapkan dapat menjadikan item ini sebagai salah satu metod untuk mendekatkan pelajar pada masa hadapan terhadap muzik tradisional tempatan.

1 comment:

Kaizen Musica Humana said...

Satu langkah yang bijak....
Teruskan usaha ke arah Konsert Kemuncak Seni 2009 - Kaizen Musica...